GEORGE TOWN – Gerakan Pulau Pinang mahu Teng Chang Yeow yang meletak jawatan pada Rabu lepas terus menerajui parti itu. Naib Pengerusinya, Oh Tong Keong berkata, ini kerana, mereka berpandangan kekalahan teruk Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) minggu lepas bukan berpunca daripada kelemahan kepimpinan Teng sebaliknya disebabkan tsunami rakyat. “Demi meneruskan perjuangan parti, kami amat memerlukan seorang pemimpin yang berbakat, berkebolehan dan berkaliber untuk memimpin kami…










