Gara-gara digigit ular - Utusan Malaysia

Gara-gara digigit ular

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BARU-BARU ini, dunia hiburan negara seberang heboh dengan perbalahan antara penyanyi dangdut Lia Callia dan pelakon Lucky Hakim. Ini gara-gara Lia yang berang apabila pelakon lelaki tersebut enggan meminta maaf kepadanya ekoran insiden dirinya digigit ular ketika menjalani penggambaran di rumah Lucky.

Saat kejadian, Lia yang sedang melakukan persiapan keluar melihat ular di kandang binatang reptilia tersebut sebelum dia tiba-tiba digigit oleh anak ular di bahagian lengan kiri. Terkejut dengan situasi tersebut, penyanyi seksi itu dikejarkan ke hospital oleh tim produksi.

Biarpun tiada sebarang kecederaan yang serius memandangkan ular tersebut tidak berbisa, namun Lia mengakui dirinya berhadapan dengan trauma yang sangat mendalam. Selain itu dia juga turut kecewa apabila Lucky bertindak mengusir mereka daripada kediaman.

Menurut rakan baik Lia, Fardhan Zee, pelakon lelaki tersebut tidak sepatutnya menghalau kerana perkara yang berlaku bukanlah salah mereka. Malah sebagai tuan rumah sepatutnya Lucky perlu meminta maaf di atas perkara yang berlaku. Lebih-lebih lagi ia adalah insiden yang bahaya.

“Ketika Lia digigit, Lucky berada di lokasi penggambaran namun apabila dia mengetahui tentang perkara tersebut melalui panggilan telefon, dia terus mengusir kami dan membatalkan sesi penggambaran.

“Kami sangat kecewa dengan dia. Apa salahnya dia meminta maaf di atas apa yang terjadi atas dasar rakan dalam satu industri. Kami memang hadir ke rumahnya untuk meminjam ular tersebut untuk sesi fotografi tapi tidak sangka ia menjadi sebaliknya,” ujarnya.

Ekoran perkara tersebut, pihak pengurusan Lia bakal membawa kes tersebut ke mahkamah. Ini kerana sehingga ke saat ini pelakon yang juga merangkap anggota Dewan Perwakilan Rakyat Republik Indonesia itu enggan meminta maaf.

“Kita akan menunggu dan memberi masa beberapa hari lagi kepada Lucky untuk meminta maaf. Kalau boleh jangan sampai perkara ini memutuskan ikatan silaturahim. Jika minta maaf, kami sedia memaafkan dan selesai. Semuanya boleh di bawa berbincang,” ujar Fardhan Zee mewakili Lia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×