Gajah betina mati dilanggar lori - Utusan Malaysia

Gajah betina mati dilanggar lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU – Seekor gajah liar betina mati dilanggar sebuah lori dalam kejadian di Batu 13 Jalan Mersing-Kota Tinggi, berhampiran Hutan Simpan Panti, dekat Kota Tinggi, awal hari ini.

Pengarah Jabatan Perhilitan Negeri Johor, Jamalun Nasir Ibrahim berkata, kejadian kira-kira pukul 2 pagi itu dimaklumkan oleh pemandu lori berkenaan kepada pihaknya.

Beliau berkata, dari maklumat awal, kejadian berkenaan dikatakan berpunca daripada tindakan seorang pemandu kereta dari arah Kota Tinggi ke Mersing yang tiba-tiba memasang lampu tinggi ketika bertembung dengan sekumpulan empat ekor gajah.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ujarnya, ketika kejadian empat haiwan itu sedang melintas jalan dari arah sebuah ladang berhampiran ke hutan simpan berkenaan.

“Akibat terkejut, salah seekor daripada gajah berkenaan berpatah balik ke arah ladang lalu dilanggar sebuah lori yang dalam perjalanan dari Terengganu ke Singapura.

“Berikutan pelanggaran, haiwan yang dianggar berumur kurang 10 tahun itu mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala,” katanya yang dihubungi hari ini. – Bernama

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN