KEPUTUSAN Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) menyaksikan Barisan Nasional (BN) Pahang mengekalkan rekod kemenangan dan statusnya sebagai satu-satunya negeri di Pantai Timur yang gagal ditawan oleh pembangkang. Meskipun corak pilihan raya umum kali ini berbeza apabila sebanyak 55 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dipertandingkan berlaku pertembungan antara tiga hingga lima penjuru, Pahang masih kekal ditadbir BN. Pada saat beberapa negeri menyaksikan pertukaran kuasa pentadbiran, BN…










