Exco kerajaan negeri Melaka diumum Isnin - Utusan Malaysia

Exco kerajaan negeri Melaka diumum Isnin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA 11 Mei – Kerajaan negeri Pakatan Harapan yang baru dilantik hari ini memaklumkan akan mengumumkan barisan Exco kerajaan negeri bagi melaksanakan pentadbiran pada Isnin depan.

Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, Pakatan Harapan akan berusaha melaksanakan segala janji dan manifesto yang diumumkan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dengan tema mewujudkan `Melaka Berwibawa’ di mana 20 inisiatif untuk tempoh lima tahun kepada rakyat Melaka.

“Kita akan memulakan program ini dan dalam tempoh terdekat kerajaan negeri akan melengkapkan barisan Exco dan pada Isnin ini Pakatan Harapan akan umumkan barisan Exco negeri.

“Jumlah Exco yang akan melaksanakan hasrat kerajaan negeri ini masih dalam perbincangan. Kita ambil kira persoalan seperti memaksimakan tugas dan tanggungjawab. Penambahan (portfolio) Exco tidak mungkin aakan berlaku sebaliknya kita akan kurangkan atau posisikan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar pertama selepas dilantik sebagai ketua menteri menggantikan Datuk Seri Idris Haron berikutan kemenangan Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), di pejabatnya di Seri Negeri di sini petang ini.

Adly, 47, merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Katil mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Melaka ke-11 selepas Pakatan Harapan memenangi 15 daripada keseluruhan 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×