Exco : Azmin serah nama kepada Sultan Selangor Ahad ini - Utusan Malaysia

Exco : Azmin serah nama kepada Sultan Selangor Ahad ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG 11 Mei – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali akan mengemukakan senarai nama barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri kepada Sultan Selangor, Ahad ini.

Ketika ditemui selepas mengangkat sumpah jawatan di Istana Alam Shah, di sini, beliau menyatakan senarai calon untuk mengisi barisan Exco itu sedang dibincangkan.

Bagaimanapun katanya, buat masa ini tiada sebarang keputusan rasmi dibuat mengenai perkara itu kerana perbincangan sama akan disambung esok.

“Kita jangkakan senarai nama untuk mengisi 10 jawatan Exco itu akan diserahkan untuk penelitian Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Ahad ini.

“Majlis angkat sumpah akan diadakan pada Isnin pukul 2.30 petang atas perkenan Sultan Selangor,” katanya hari ini.

Ditanya mengenai pengagihan kerusi, beliau memberitahu, kata putus tidak dapat dibuat ketika ini kerana ia bergantung kepada konsensus semua komponen dalam Pakatan Harapan.

Namun, dari segi portfolio, beliau menyatakan tidak akan berlaku banyak perubahan sebagaimana pentadbirannya pada penggal lalu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×