KUALA LUMPUR 23 Mei – Mengakui jalinan cinta yang dibina lima bulan lalu dengan penyanyi Fara Hezel berada di ambang perpisahan, pelakon Erry Putra, 40, akur dengan aturan hidup yang telah ditentukan untuknya. Menurutnya, hubungan mereka semakin renggang kerana tidak mendapat restu keluarga, ditambah pula pertelingkahan di laman sosial mengeruhkan lagi keadaan. “Keluarga kedua-dua belah pihak seolah-olah tidak memberi restu terhadap hubungan kami. Jadi, saya reda dan pasrah sahaja terhadap…










