BRUSSELS 29 Mei – Dua anggota polis dan seorang pejalan kaki mati ditembak oleh seorang lelaki yang turut maut dalam kejadian tembakan di bandar Liege, hari ini.
Memuatkan artikel berkaitan…
Orang awam berlindung di sebalik kenderaan ketika kejadian tembakan di Liege, Belgium, hari ini. – Reuters
Akhbar La Lire Belgique yang memetik pihak polis melaporkan, suspek melaungkan `Allahuakbar’ manakala stesen televisyen RTBF mendakwa pihak penyiasat percaya suspek berkenaan mempunyai motif pengganas.
Terdahulu suspek telah menjadikan seorang wanita sebagai tebusan selain turut mencederakan dua anggota polis.
Menteri Dalam Negara, Jan Jambon melalui Twitter memberitahu, Pusat Krisis anti-pengganas sedang memantau keadaan namun tidak menolak motif pengganas namun turut melihat motif lain. – Reuters
habis.











