LONDON 23 Mei – Unai Emery telah mengesahkan bahawa dia akan mengalas tanggungjawab sebagai pengurus baharu Arsenal pada hari ini.
Pengumuman tersebut dibuat dalam laman web rasminya unai-emery.com.
Jurulatih warga Sepanyol itu meninggalkan jawatannya sebagai pengurus Paris Saint-Germain pada penghujung musim lalu biarpun berjaya membantu kelab Perancis itu memenangi Ligue 1.
Memuatkan artikel berkaitan…
Kini Emery bakal menggantikan Arsene Wenger di Emirates.
Bagaimanapun ketika ini belum ada apa-apa pengumuman rasmi daripada kelab Liga Perdana Inggeris itu. – AGENSI











