Elak campur tangan politik dalam kalangan ahli akademik - Utusan Malaysia

Elak campur tangan politik dalam kalangan ahli akademik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 17 Mei – Kerajaan digesa supaya tidak melakukan sebarang campur tangan politik dalam bidang pendidikan terutamanya melibatkan pentadbiran universiti dan ahli akademik di negara ini.

P. SUNDRAMOORTHY
P. SUNDRAMOORTHY

Presiden Persatuan Kakitangan Akademik dan Pentadbiran Universiti Sains Malaysia (PKAPUSM). Prof. Dr. P. Sundramoorthy menegaskan, di institusi pengajian tinggi awam, ahli akademik yang seharusnya menguruskan para pelajar dan bukannya diarahkan oleh mana-mana ahli politik.

Malah katanya, pelantikan pengurusan atasan hendaklah ditentukan oleh jawatankuasa universiti masing-masing dan bukannya daripada pihak Kementerian Pendidikan.

“Begitu juga dengan jawatan pengerusi lembaga pengarah universiti yang harus diisi oleh seorang ahli akademik terkemuka yang telah bersara dan bukannya seorang pegawai kanan kerajaan yang bersara atau pelantikan mana-mana individu yang bermotifkan politik.

“PKAPUSM menekankan betapa pentingnya untuk tidak mempunyai sebarang campur tangan ahli-ahli politik dan pegawai kerajaan dalam hal-hal yang berkaitan dengan akademik. Kami sangat percaya pada kebebasan bersuara dan mesti dibenarkan untuk menyatakan pandangan tanpa sebarang tapisan dan bertanggungjawab mengawal selia pandangan masing-masing daripada menjejaskan keharmonian negara,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×