Dzulkifli lapor diri di Pejabat Peguam Negara - Utusan Malaysia

Dzulkifli lapor diri di Pejabat Peguam Negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melaporkan diri di Pejabat Peguam Negara pagi ini.

Tan Sri Dzulkifli Ahmad tiba di pejabat Peguam Negara dekat Presint 4 di sini pada pukul 8.05 pagi tadi sambil melambai kepada dan melemparkan senyuman kepada wakil media yang menunggu di lobi khas bangunan ini. 

Dzulkifli semalam melepaskan jawatannya sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM. Surat peletakan jawatan beliau diserahkan kepada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa.

Memuatkan artikel berkaitan…

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad semalam memaklumkan pengganti Dzulkifli dalam jawatan tertinggi badan tersebut akan diisi hari ini. 

Cubaan pemberita untuk menemu bual Dzulkifli bagaimanapun tidak berhasil dan kedudukan beliau di Jabatan Peguam Negara juga belum dapat dipastikan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×