Dua lelaki ditahan bersama dadah bernilai RM68,560 - Utusan Malaysia

Dua lelaki ditahan bersama dadah bernilai RM68,560

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN 23 Mei – Polis menahan dua lelaki yang disyaki terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah dan merampas dadah jenis syabu serta heroin bernilai RM68,560 dalam operasi di kawasan tempat letak kereta kawasan rehat dan rawat (R&R) Genting Sempah, Bentong, Ahad lalu.

Dalam operasi pada pukul 10 malam itu, dua lelaki berusia 24 dan 40 tahun berasal dari Selangor itu ditahan di dalam sebuah kereta jenis Honda City di kawasan tersebut.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri, Superintenden Lam Thiam Huat berkata, pihaknya menemukan beg kain mengandungi dadah heroin seberat 2.27 kilogram dan hasil pemeriksaan ke atas kedua-dua suspek pula menemukan dadah disyaki syabu seberat 2.9 gram.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita turut merampas kenderaan yang digunakan mereka itu bernilai RM72,000 dan jumlah keseluruhan rampasan dalam tangkapan tersebut adalah bernilai RM140,560.

“Kedua-dua suspek ditahan reman selama seminggu sehingga 27 Mei ini bagi tujuan siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 39(b) serta Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini