Dua lelaki disyaki tidak berpuasa ditahan JHEAT di kawasan perkuburan Cina - Utusan Malaysia

Dua lelaki disyaki tidak berpuasa ditahan JHEAT di kawasan perkuburan Cina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU – Dua lelaki termasuk seorang warga emas yang disyaki tidak berpuasa tergamam apabila diserbu pasukan penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (JHEAT) di sebuah kawasan perkuburan Cina di Jalan Pusara di sini hari ini.

Dalam serbuan pada pukul 1 tengah hari itu, beberapa pulut panggang yang masih panas, air mineral dan rokok dijumpai di atas bangku yang diduduki oleh dua lelaki berusia 67 dan 48 tahun tersebut.

Ketua Unit Penguatkuasa JHEAT, Rizuwan Fauzai berkata, serbuan dilakukan di kawasan rehat yang terletak di tengah-tengah kawasan perkuburan Cina terbabit setelah menerima aduan orang ramai.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sewaktu serbuan dilakukan, terdapat tiga lelaki dalam keadaan mencurigakan berada di kawasan rehat berkenaan.

“Salah seorang daripada mereka berjaya meloloskan diri daripada kepungan penguat kuasa JHEAT lalu melarikan diri dengan menaiki sebuah motosikal,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN