PUTRAJAYA 23 Mei- Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad mempengerusikan mesyuarat Kabinet yang pertama di Perdana Putra di sini, hari ini. Mesyuarat yang bermula pada pukul 9.25 pagi itu dihadiri kesemua 13 menteri yang mengangkat sumpah pada Isnin lepas. Sebelum mesyuarat kabinet itu bermula, Dr. Mahathir menyertai sesi bergambar bersama jemaah menteri. Hadir sama ialah Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa dan Timbalan Ketua Setiausaha Kabinet Tan Sri…










