Dr. Mahathir menang di Langkawi - Utusan Malaysia

Dr. Mahathir menang di Langkawi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI 10 Mei- Calon PKR, Tun Dr. Mahathir Mohamad berjaya menewaskan penyandang dari Barisan Nasional (BN), Datuk Ir Nawawi Ahmad serta calon Pas, Zubir Ahmad dengan majoriti 8,893 undi.

Bekas Perdana Menteri itu memperoleh sebanyak 18,954 undi meninggalkan Nawawi dengan 10,061 undi manakala, Zubir hanya mendapat 5,512 undi.

Selain Parlimen Langkawi, BN turut terlepas dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuah dan Ayer Hangat.

Calon PKR DUN Ayer Hangat, Johari Bulat menewaskan penyandang dari BN, Datuk Mohd. Rawi Abdul Hamid serta seorang calon Pas, Azlina Azinan dengan majoriti sebanyak 1,532 undi.

Johari memperoleh sebanyak 7,550 undi manakala Mohd Rawi mendapat 6,018 undi dan Azlina hanya mendapat 4,034.

Di kerusi DUN Kuah, calon PKR, Mohd. Firdaus Ahmad berjaya mengenepikan cabaran calon BN, Nor Saidi Nanyan, wakil Pas, Mazlan Ahmad dan seorang calon Bebas, Mohd. Ratu Mansor dengan majoriti 2,452 undi.

Mohd. Firdaus memperolehi 8,276 undi meninggalkan pesaingnya, Nor Saidi (5,824 undi), Mazlan (2,685 undi) dan Mohd Ratu hanya mendapat 86 undi sekali gus hilang wang pertaruhan.

Untuk rekod, kekalahan itu sekali gus menyaksikan BN buat pertama kalinya dalam sejarah parti itu kehilangan kerusi Parlimen Langkawi dan dua DUN di dalam kawasan berkenaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×