City mahu berbelanja sakan - Utusan Malaysia

City mahu berbelanja sakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER – Pengerusi Manchester City, Khaldoon al Mubarak bersedia untuk menuruti apa jua saranan daripada pengurus, Pep Guardiola bagi memperkuatkan skuad The Citizens pada saingan Liga Perdana England (EPL) musim depan.

Menurut Mubarak, beliau tidak mahu City kempunan buat kali ketiga apabila gagal mempertahankan trofi kejuaraan liga ketika berada di bawah era Roberto Mancini dan Manuel Pellegrini.

“Sekarang ini, pasukan City adalah terbaik dan berkualiti. Kami tidak mungkin meraih 100 mata jika tidak memiliki skuad yang hebat seperti sekarang.

“Justeru, bagi memastikan gela­ran juara ini dapat dikekalkan pada musim depan serta pada masa akan datang, kami akan terus membawa masuk pemain-pemain berkualiti.

“Pada musim sebelum ini, City pernah meraih gelaran juara liga sebanyak dua kali tetapi kami tidak membawa masuk pemain hebat pada musim seterusnya hingga menjadi punca gagal mempertahankan gelaran juara EPL.

“Apabila trofi kejuaraan itu kembali kepada City, kami akan terus membawa masuk pemain berkualiti bagi mengukuhkan skuad City. Ini adalah perkara penting bagi saya serta Guardiola,” katanya.

Sebagai rekod, antara pemain sasaran City ialah Jorginho, Eden Hazard, Wilfried Zaha, Riyad Mahrez dan Kylian Mbappe. Terdahulu, Guardiola turut menandatangani kontrak baharu selama tiga tahun untuk kekal di Stadium Etihad hingga 2021. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN