Bursa Malaysia dibuka tinggi - Utusan Malaysia

Bursa Malaysia dibuka tinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Bursa Malaysia dibuka tinggi pagi ini susulan minat belian, dengan keyakinan pelabur semakin pulih daripada keputusan pilihan raya umum.

Setakat pukul 9.16 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 3.05 mata kepada 1,853.47 berbanding 1,850.42 pada penutupan Isnin.

Indeks dibuka 6.8 mata lebih tinggi kepada 1,857.22.

Seorang peniaga berkata, premium risiko politik berkurangan selepas pasaran dibuka dan didagangkan dengan agak baik hari ini berikutan pelantikan majlis penasihat kerajaan pada hujung minggu.

Jelasnya, faktor lain yang menyumbang kepada prestasi Bursa Malaysia yang agak baik semalam ialah pengesahan Bank Negara Malaysia bahawa ia akan terus memastikan kedudukan bersih yang wujud dalam pasaran kewangan dalam negara dan hubungan antara ringgit dan minyak mentah Brent. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×