KANGAR 29 Mei – Barisan Nasional (BN) negeri ini akan mengadakan sidang akhbar khas pada Jumaat ini bagi memohon ampun kepada Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berikutan salah faham membabitkan soal pelantikan Menteri Besar sebelum ini. ZAHIDI Setiausaha BN negeri, Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata, sidang akhbar yang bakal dihadiri oleh semua sembilan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu juga diadakan bagi menjelaskan mengapa mereka menolak pelantikan Datuk…









