KOTA BHARU: Tindakan Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainudin melepaskan jawatannya sebagai Ketua Pembangkang kerana mahu melihat suasana dalam Perikatan Nasional (PN) menjadi lebih baik. Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, alasan tersebut dinyatakan Hamzah dalam surat perletakan jawatan yang dihantar kepada pengerusi gabungan itu Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, kelmarin. “Kelmarin kami terima surat, Pengerusi PN menerima surat daripada beliau (Hamzah) yang telah mengosongkan jawatan Ketua…










