KUALA LUMPUR 9 Mei – Barisan Nasional (BN) mendahului parti-parti lain dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) apabila memenangi beberapa kerusi Parlimen di Sarawak.
Mengikut keputusan rasmi daripada laman web Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), kemenangan itu diperoleh calon BN bagi kerusi P206 Tanjung Manis dengan majoriti 8,674 undi.
Calon BN P206 Tanjung Manis, Yusuf Abd. Wahab memperoleh 11,402 undi mengatasi calon PKR, Fadilah Sabali yang hanya mendapat 2,728 undi.
Berdasarkan keputusan tidak rasmi pula, calon-calon BN juga mendahului di Parlimen Batang Lupar, Kota Samarahan dan Serian, juga ketiga-tiganya di Sarawak.
Calon BN, Datuk Rohani Abdul Karim memenangi kerusi P201 Batang Lupar dengan memperoleh 19,719 undi, mengatasi calon PKR, Narudin Mentali yang sekadar mendapat 3,111 undi manaka calon Pas, Wan Abdullah (4,002). – UTUSAN ONLINE










