ALOR SETAR 10 Mei – Barisan Nasional (BN) Kedah menerima dan menghormati keputusan yang diambil rakyat dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) semalam. Pengerusinya, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah berkata, sistem demokrasi dan Perlembagaan negara ini perlu terus dijunjung bagi memastikan keharmonian dan kemakmuran tanah air terus terjaga. “Sepanjang diberi ruang mentadbir negeri, kami telah menjalankan amanah dengan sepenuh hati bagi memastikan kebajikan rakyat, kemajuan negeri dan kesejahteraan bumi…










