SEMUA menteri Kabinet yang telah mengangkat sumpah jawatan dan setia serta sumpah simpan rahsia di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V di Istana Negara, Kuala Lumpur kelmarin, telah memulakan tugas masing-masing semalam. Awang mengucapkan selamat bertugas kepada anggota Kabinet kerajaan Pakatan Harapan di bawah kepemimpinan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang membuka era baharu kepada pentadbiran dan senario politik negara. Awang percaya, rakyat kini berada dalam keadaan begitu…










