Bina hubungan positif belia melalui media sosial - Utusan Malaysia

Bina hubungan positif belia melalui media sosial

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MEDIA sosial bukan hanya mempunyai sisi negatif sebaliknya boleh digunakan sebagai platform membina hubungan baik dalam kalangan generasi muda terutamanya untuk menggerakkan aktiviti bercorak kesukarelaan dan kemanusiaan.

Ini terbukti apabila pada 12 Mei lalu, sebanyak 25 orang sukarelawan yang pada asalnya hanya ‘kawan media sosial’ tampil bergabung bagi menjayakan projek mengecat dan menceriakan Rumah Kita, iaitu sebuah pusat perlindungan remaja wanita yang menjadi mangsa ancaman seksual.

Ketua Penerangan Majlis Belia Malaysia (MBM), Mohammad Rizan Hassan, yang mengetuai program Cat & Ceria Rumah Bayi bertempat di Rumah Kita Pandan Jaya berkata, sebenarnya banyak elemen positif dapat digerakkan melalui media sosial.

“Teknologi mengubah cara kita hidup, berfikir dan bekerja. Sudah pasti media sosial juga boleh dimanfaatkan untuk menyampaikan bantuan kepada kumpulan yang memerlukan,” katanya.

Menurutnya lagi, golongan belia mempunyai banyak masa lapang pada hujung minggu dan mereka tercari-cari aktiviti untuk memenuhi masa lapang itu, lantas program amal seperti Cat & Ceria ini memainkan peranan serampang dua mata iaitu mensejahterakan masyarakat dan pada masa sama, mengelakkan mereka daripada terlibat dengan gejala negatif.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN