Beri ruang kerajaan baharu - Utusan Malaysia

Beri ruang kerajaan baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAYA faham ramai yang tergamam akibat terkejut dengan peralihan mendadak pentadbiran negara dan kebanyakan negeri dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) tetapi itulah hakikat pertandingan, mesti ada yang menang dan ada yang kalah.

Buat masa ini berilah peluang kepada pentadbiran baharu susun barisan pentadbir mereka dan memulakan kerja khususnya menunaikan janji-janji manifesto dahulu.

Rasanya rakyat semua peringkat tidak mengira penyokong pasukan mana sekalipun sudah penat dengan suasana berpolitik tanpa henti khususnya sejak 2008.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sekarang adalah masa untuk bekerja. Oleh itu, tidak kira ahli politik, penyokong mahupun rakyat biasa perlu menolak ke tepi ideologi bagi melancarkan kerja yang diharap membawa perubahan lebih baik kelak.

Pada masa sama, pentadbiran baharu peringkat negeri dan juga negara perlu ambil maklum kebimbangan rakyat khususnya melibatkan institusi Melayu dan Islam memandangkan bilangan wakil rakyat bukan Islam semakin ramai.

Saya terbaca terdapat 14.94 juta orang (81.2 peratus) daripada 18.4 juta yang layak mengundi telah mendaftar. Ini bermakna jumlah pengundi PRU-14 cuma mewakili 46.4 peratus daripada 32.2 juta rakyat Malaysia.

Daripada jumlah itu, cuma sekitar 12.23 juta orang (82 peratus) pengundi menjalankan tanggungjawab mereka. Untuk kerusi Parlimen, 5.69 juta (50.1 peratus) pengundi memilih Pakatan Harapan sementara selebihnya memihak kepada Barisan Nasional, Pas atau calon bebas.

Secara ringkasnya, 38.09 peratus pengundi berdaftar menyokong kerajaan baharu atau 17.67 peratus daripada keseluruhan rakyat Malaysia.

Ini menunjukkan Kerajaan Pusat tidak boleh terlalu selesa khususnya dalam membuat keputusan dan polisi kerana rakyat sentiasa memerhati, bukan sahaja janji manifesto malah tindakan yang boleh menjejaskan mana-mana kaum, agama dan juga negara.

Pihak yang kalah juga mempunyai tanggungjawab sebagai pemantau pentadbiran kerajaan baharu. Oleh itu, jadilah pembangkang yang profesional dengan mengemukakan fakta sebenar dan bukannya retorik politik.

AMARUL HISHAM

Kuala Selangor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini