Bekas gitaris Ekamatra dipenjara 10 tahun - Utusan Malaysia

Bekas gitaris Ekamatra dipenjara 10 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR 23 Mei – Bekas gitaris kumpulan rock 90-an Ekamatra dihukum penjara 10 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan menyebabkan kematian seorang wanita warga emas ketika memecah masuk ke rumah mangsa, Februari lalu.

Gitaris dihukum
Tertuduh, Md Nurulazman Saliholdin @ Salihaldin tiba di mahkamah untuk keputusan atas pertuduhan menyebabkan kematian seorang wanita warga emas ketika memecah masuk ke rumah mangsa, Februari lalu di Mahkamah Sesyen Alor Setar, hari ini. – GAMBAR IHSAN RAKAN MEDIA

Hakim Juraidah Abbas memerintahkan supaya hukuman terhadap tertuduh, Md. Nurul Azman Salilholdin@Salilhaldin, 44, bermula dari tarikh dia ditangkap pada 28 Februari lalu.

Tertuduh didakwa menyebabkan kematian Kau Fu Eng, 71, antara pukul 2 petang hingga 6 petang, 25 Februari lalu di sebuah rumah di Taman Malaysia, di sini.

Dia didakwa mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan denda.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Rehab Abdul Shukur memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal supaya menjadi pengajaran kepada tertuduh serta orang awam.

Sementara Md. Nurul Azman yang tidak diwakili peguam memohon mahkamah menjatuhkan hukuman yang ringan kerana insaf dengan perbuatan yang dilakukan itu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN