Bazar Ramadan: MPK gesa para peniaga utamakan kebersihan - Utusan Malaysia

Bazar Ramadan: MPK gesa para peniaga utamakan kebersihan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG 17 Mei – Majlis Perbandaran Klang (MPK) meminta para peniaga menitikberatkan kebersihan semasa menjalankan aktiviti perniagaan di mana-mana tapak bazar Ramadan di daerah ini.

Perkara itu ditegaskan Yang Di Pertua MPK, Datuk Mohamad Yasid Bidin selain menyifatkan penjagaan kebersihan bukan sahaja amalan yang dituntut dalam Islam, tetapi ia mampu mengelakkan kes keracunan makanan berlaku ke atas para pembeli.

“Pada masa sama, saya menggalakkan para pengunjung bazar Ramadan membawa beg sendiri untuk mengisi makanan yang dibeli sekali gus memelihara alam sekitar. Kita bukan sahaja mahu memudahkan pengunjung, tetapi kita juga ingin mewujudkan persekitaran yang sihat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kurma kepada kakitangan MPK di sini hari ini.

Pada masa sama, beliau menyatakan MPK turut merangka pelbagai program meraikan Ramadan antaranya sumbangan, ceramah, pengagihan bubur lambuk serta ziarah. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×