Bayi kembar ditinggal dalam SUV mati kepanasan - Utusan Malaysia

Bayi kembar ditinggal dalam SUV mati kepanasan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

VIRGINIA, Amerika Syarikat – Sepasang kembar lelaki dan perempuan yang berusia lima bulan ditemui mati selepas di­tinggalkan selama beberapa jam di dalam sebuah ken­deraan utiliti sukan (SUV) di sini.

Pasangan kembar yang tidak didedahkan identiti itu dipercayai ditinggalkan ibu bapa mereka secara tidak sengaja di luar kediaman mereka yang terletak di Chesterfield pada Khamis lalu.

Pegawai di Jabatan Polis Daerah Chesterfield, Mejar Frank Carpenter berkata, siasatan awal mendapati kejadian itu berlaku secara tidak se­ngaja.

“Bagaimanapun, kami masih menjalankan siasatan berhubung insiden itu dan menunggu hasil bedah siasat untuk mengetahui punca kematian mereka,” katanya.

Sementara itu, seorang anggota bomba berkata, kedua-dua bayi itu telah dikejarkan ke hospital selepas ditemui dalam ke­adaan lemah dan dipercayai mengalami serangan jantung kerana dibiarkan dalam cuaca panas.

Salah seorang kembar mati pada petang Khamis, manakala yang kedua mati beberapa jam kemudian.

Saluran kaji cuaca tempatan melaporkan daerah Chesterfield mencatatkan suhu 30 darjah Celsius pada Khamis lalu, manakala pakar menyatakan suhu dalam kenderaan boleh mencecah 40 darjah Celcius dalam masa 30 minit ketika itu. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×