KUALA LUMPUR 23 Mei – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) mengagihkan bantuan sebanyak RM18.8 juta kepada golongan asnaf, fakir, miskin dan ar-riqab sempena Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri ini. Ketua Pegawai Operasi Pusat Pungutan Zakat (PPZ)-MAIWP, Ahmad Shukri Yusoff berkata, daripada jumlah tersebut, sebanyak RM11,454,800 disumbangkan kepada 23,500 penerima bagi bantuan Hari Raya sementara sejumlah RM313,200 merupakan agihan berbuka puasa kepada 1,350 penerima setiap hari. Katanya, bantuan kewangan bulanan…










