Bantahan PAUiTM dapat sokongan padu - Utusan Malaysia

Bantahan PAUiTM dapat sokongan padu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 29 Mei – Sokongan terhadap bantahan Persatuan Alumni Universiti Teknologi Mara (PAUiTM) kepada tuntutan Hindraf 2.0 semakin meningkat apabila lebih daripada 100,000 responden telah menurunkan tandatangan pada petisyen online tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…
PAUiTM
 

Setakat pukul 8 malam ini, petisyen tersebut telah meraih kira-kira 104,000 tandatangan yang bersetuju dengan tindakan PAUiTM.

Petisyen tersebut ditujukan kepada kerajaan bagi membantah desakan supaya kemasukan ke UiTM dibuka kepada semua kaum.

Presiden PAUiTM, Datuk Mohd. Zaini Hassan berkata semalam, PAUiTM bimbang kenyataan Hindraf seperti ‘menuang minyak ke api’ itu akan mencetuskan kemarahan umat Melayu dan bumiputera di negara ini.

“Kedudukan UiTM sebagai persada pendidikan peringkat tinggi untuk anak Melayu dan bumiputera adalah sebahagian daripada komponen hak dan keistimewaan orang Melayu yang termaktub dalam Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan.

“Maka berdasarkan hakikat ini, sebarang langkah untuk mencabar keistimewaan itu dilihat sebagai melanggar Perlembagaan Persekutuan,” kata Mohd. Zaini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini