KULIM 27 Mei – Lebih 11 kawasan di daerah ini dilanda banjir kilat sejak petang semalam selepas hujan lebat dua jam menyebabkan 671 mangsa daripada 171 keluarga terpaksa berpindah ke pusat pemindahan sementara. Antara kawasan yang dinaiki air termasuk melebihi paras lutut ialah Sungai Seluang, Lunas, Sedim, Nagalilit, Sungai Seluang, Paya Serdang, Padang Meiha dan beberapa kampung sekitar daerah ini. Demi keselamatan mangsa, Pejabat Daerah Kulim membuka tujuh pusat pemindahan…











