Banjir, dua beranak maut dibawa arus deras - Utusan Malaysia

Banjir, dua beranak maut dibawa arus deras

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULIM 29 Mei – Kejadian banjir di daerah ini meragut dua nyawa apabila dua beranak ditemukan lemas di Kampung Baru Sungai Kob di sini pagi tadi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Mayat Johari Bakar, 67, ditemukan pada pukul 9.56 pagi sementara anaknya, Nur Sari Danila,14, pada pukul 7.45 pagi.

Menurut Ketua Polis Daerah Kulim, Superintenden Ahmad Nasir Jaafar, kejadian berlaku kira-kira pukul 1 pagi tadi apabila Johari bersama anggota keluarga yang lain menaiki kereta untuk berpindah keluar setelah rumah mereka dinaiki air.

“Ketika kejadian Johari bersama isterinya, Che Yang Ton, 53, berada dalam kereta yang diletakkan tepi rumah mereka untuk berpindah.

“Secara tiba-tiba datang kepala air dari sungai yang terletak kira-kira empat meter dari rumah mereka. Suami isteri berkenaan berjaya keluar dari kereta tersebut namun turut dihanyutkan arus deras itu. Anak mereka yang keluar untuk membantu turut dihanyutkan,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian hari ini.

Tambahnya, Che Yang terselamat setelah berjaya berpaut pada sebatang pokok di tepi rumah mereka.

“Mayat kedua-dua mangsa ditemukan kira-kira satu kilometer dari rumah mereka.

“Jenazah kedua-duanya dibawa ke Hospital Daerah Kulim,” katanya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini