KULIM 29 Mei – Kejadian banjir di daerah ini meragut dua nyawa apabila dua beranak ditemukan lemas di Kampung Baru Sungai Kob di sini pagi tadi. Mayat Johari Bakar, 67, ditemukan pada pukul 9.56 pagi sementara anaknya, Nur Sari Danila,14, pada pukul 7.45 pagi. Menurut Ketua Polis Daerah Kulim, Superintenden Ahmad Nasir Jaafar, kejadian berlaku kira-kira pukul 1 pagi tadi apabila Johari bersama anggota keluarga yang lain menaiki kereta untuk…










