Bangkitkan semula parti UMNO - Utusan Malaysia

Bangkitkan semula parti UMNO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – UMNO telah memulakan proses penstrukturan semula dengan menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi membangkitkan semula parti itu selepas mengalami kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) baru-baru ini.

Pemangku Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, tindakan tersebut dilakukan bagi memulih­kan parti berkenaan serta menjadikannya sebagai satu kuasa politik yang terus berpengaruh di negara ini.

“Kita terima kekalahan ini. Kita perlu mengorak masa depan, tidak boleh toleh ke belakang. Kita mahu UMNO bangkit bersama rakan-rakan dalam Barisan Nasional (BN) kerana kita sedang mengalami ujian,” katanya.

Beliau yang merupakan bekas Timbalan Perdana Menteri berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di Menara Datuk Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×