LIEGE – Seorang lelaki membunuh tiga mangsa termasuk dua pegawai polis wanita sebelum lelaki itu ditembak mati dalam kejadian di timur Belgium di bandar ini dalam kejadian pada pukul 10.30 pagi kelmarin. Media Belgium melaporkan, suspek yang dinamakan sebagai Benjamin Herman, 36, merupakan seorang pengedar dadah dan pencuri yang baru dibebaskan dari penjara sehari sebelum dia mengamuk. Pihak berkuasa Belgium menyifatkan kejadian itu sebagai serang pengganas oleh penyerang secara solo. …










