Armin tak boleh jumpa anak - Utusan Malaysia

Armin tak boleh jumpa anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Mahkamah Majistret di sini semalam mengekalkan syarat jaminan dengan tidak membenarkan suami Ziana Zain, Armin Zaharin Ahmad Zambri, 53, untuk menemui anak lelaki yang didakwa dicederakannya tiga bulan lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Majistret Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin memutuskan demikian kerana Armin sudah tertakluk dengan syarat jaminan yang dibenarkan mahkamah sebelum ini. 

Selain larangan untuk menemui mangsa yang juga anak kandungnya, Raja Noor Adilla turut memerintahkan tertuduh supaya tidak mendekati pengadu iaitu Ziana atau nama sebenarnya Siti Roziana Zain, 50, sepanjang perbicaraan kes itu.

Terdahulu, Armin yang diwakili peguam Mohd Rizal Bahari mengemukakan permohonan itu secara lisan dengan menyatakan hasrat mahu menemui anaknya.

Turut hadir pada prosiding semalam ialah peguam pemerhati dilantik Ziana, Luqman Mazlan. 

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Megat Mahathir Megat Tharif Afendi.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 27 Jun depan bagi pengurusan kes dan tarikh perbicaraan.

Pada 15 Mei lalu, Armin mengaku tidak bersalah atas pertuduhan pindaan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan iaitu didakwa sengaja menyebabkan luka dan lebam ke atas anak lelaki berusia sembilan tahun dengan menggunakan rotan di bahagian tangan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN