GUA MUSANG 12 Mei – Seorang anggota Sukarelawan Polis cedera selepas motosikal jenis Suzuki Smash ditunggangnya terlanggar seekor babi di Jalan Jeram Tekoh, malam tadi. Ketua Polis Daerah, Superintenden Mohd. Taufik Maidin berkata, mangsa Mohd. Saifuddin Abdullah, 31, patah tulang bahu sebelah kanan dalam kemalangan pukul 10.10 malam. Katanya, ketika kejadian mangsa dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Taman Agropolitan Rantau Manis, di sini selepas selesai bertugas di Balai Polis…










