Mayat wanita ditemukan dalam beg ditanam belakang rumah

Mayat wanita ditemukan dalam beg ditanam belakang rumah

POLIS membawa mayat seorang wanita yang ditemukan di dalam beg yang ditanam dibelakang sebuah rumah tidak berpenghuni di Jalan Pedas-Linggi, Rembau hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Mayat seorang wanita ditemukan di dalam beg yang ditanam di belakang sebuah rumah tidak berpenghuni di Jalan Pedas-Linggi, Rembau hari ini.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, maklumat awal diperoleh hasil laporan polis mengenai orang hilang yang diterima di Balai Polis Pedas, Rembau.

“Bertindak atas maklumat tersebut, pihak polis telah melakukan pemeriksaan di sekitar kawasan rumah yang tidak berpenghuni.

“Hasil pemeriksaan membawa kepada penemuan beg yang mengandungi mayat seorang wanita di dalam beg yang ditanam di belakang rumah yang tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, mayat tersebut disyaki mempunyai kaitan dengan laporan seorang wanita yang hilang yang diterima di Balai Polis Ampang, Ampang Jaya baru-baru ini.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan manakala mayat tersebut akan dibawa ke Hospital Rembau untuk bedah siasat.

Alzafny berkata, pihaknya kini sedang giat menjalankan siasatan bagi mengesan individu yang disyaki terlibat dalam kes ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN