SPRM, PDRM perkukuh program antirasuah

SPRM, PDRM perkukuh program antirasuah

AHMAD Nizam Ismail (kanan) sewaktu mengadakan kunjungan hormat ke atas Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay di Bukit Aman, di sini hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bahagian Pendidikan Masyarakat (PenMas) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) merancang mengadakan kolaborasi strategik membabitkan usaha pengukuhan nilai integriti dan program antirasuah.

Pengarah PenMas SPRM, Datuk Ahmad Nizam Ismail berkata, kedua-dua pihak membincangkan pelaksanaan Program Wira Antirasuah (WAR) yang berteraskan pembentukan sahsiah, jati diri dan kepimpinan yang utuh.

Beliau berkata, kolaborasi SPRM dan PDRM ini mencerminkan komitmen bersama dalam membina ekosistem masyarakat yang berteraskan amanah, ketelusan serta tanggungjawab, selaras dengan aspirasi negara ke arah pembentukan masyarakat yang bermaruah dan berintegriti.

“Kerjasama ini bukti memperkukuh kerjasama rentas agensi bukan sahaja dalam sektor penguatkuasaan malah dalam usaha memupuk nilai murni, integriti dan budaya antirasuah secara berterusan melalui pendekatan pendidikan, advokasi dan penglibatan komuniti,” katanya ketika mengadakan kunjungan hormat ke atas Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay di Bukit Aman, di sini hari ini.

Sementara itu, Ayob Khan berkata, kunjungan ini bertujuan membincangkan peluang kerjasama dua hala antara kedua-dua agensi dalam kempen pencegahan jenayah dan antirasuah dalam kalangan pelajar sekolah, selain aspek penguatkuasaan undang-undang secara berterusan.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN