KUALA LUMPUR – Seorang anggota polis cedera apabila dipukul dengan cota oleh anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dipercayai akibat perselisihan faham angkara bunyi hon motosikal di Masjid Al-Bukhary, Jalan Hang Tuah di sini kelmarin. Dalam kejadian pukul 9.30 malam, mangsa berusia 30-an itu mengalami kecederaan pada bahagian kening. Satu sumber berkata, perselisihan faham tersebut timbul apabila mangsa yang dalam perjalanan ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur membunyikan hon…











