SEREMBAN 12 Mei – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sikamat, Aminuddin Harun mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan yang baharu di Istana Besar Seri Menanti, di sini hari ini. Aminuddin, 51, mengangkat sumpah jawatan itu di hadapan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir dalam satu istiadat yang berlangsung di Ruang Legar Istana Seri Menanti di sini pada pukul 10.40 pagi. Hadir sama mengiringi baginda semasa istiadat…










