Alumni GPMS UiTM bantah tuntutan Hindraf - Utusan Malaysia

Alumni GPMS UiTM bantah tuntutan Hindraf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 29 Mei – Persatuan Alumni GPMS UiTM (PAGU) hari ini membantah tuntutan Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf) mengenai kemasukan pelajar ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) dibuka kepada kaum bukan Melayu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Presidennya, Muhamad Akmal Mohd. Dahalan dalam satu kenyataannya kepada Utusan Online memberitahu, bantahan tersebut dibuat di atas dua pekara asas iaitu hak keistimewaan Melayu dan Bumiputera serta keseimbangan pendidikan, ekonomi dan sosial.

Beliau berkata, UiTM sebagai sebuah agensi pendidikan tinggi khusus untuk kaum Melayu dan Bumiputera adalah manifestasi Perkara 153 yang sama sekali tidak boleh diganggu-gugat.

“PAGU ingin juga mengingatkan bahawa Perkara 153 ini dan juga beberapa perkara lain yang termaktub di dalam perlembagaan negara merupakan ‘quid pro quo’ kepada kemurahan hati kaum Melayu dan Bumiputera mengiktiraf kewarganegaraan kaum Bukan Melayu ketika zaman pra-kemerdekaan dahulu.

“Justeru, keistimewaan kaum Melayu dan Bumiputera di dalam bidang pendidikan menerusi UiTM ini bukanlah satu perkara yang patut dirunding dan ditawar-tawar,” katanya.

Selain itu, tambah beliau kewujudan UiTM dapat mengimbangi pendidikan, ekonomi dan sosial untuk menyeimbangkan peratusan pecahan ekonomi dapat dicapai dengan memberi lebih peluang pendidikan kepada bumiputra.

“Meskipun banyak kejayaan telah diperoleh sejak era Dasar Ekonomi Baru (DEB) dahulu, ketidakseimbangan ekonomi antara kaum di Malaysia masih jelas kelihatan.

“Sebagai contoh, Pusat Perakaunan Profesional di UiTM yang telah dan akan terus melahirkan akauntan profesional Melayu dan Bumiputera mampu meningkatkan peratusan akauntan profesional Melayu dan Bumiputera daripada hanya 8% kepada 25% menjelang tahun 2020,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini