Aiman, kenapa sorok? - Utusan Malaysia

Aiman, kenapa sorok?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Jika tadi kita bercerita tentang Sufian Suhaimi, sekarang Poklip nak tanya kawan baiknya pula, Aiman Tino, betulkah sudah ada teman wanita sekarang? Dakwa seorang sumber, hari itu dia menonton konsert sebuah kumpulan antarabangsa. Dalam ribuan orang yang hadir, matanya tertancap dengan kelibat seorang yang wajahnya sama dengan Aiman.

Mula-mula dia risau juga tersalah orang, Yalah, bukankah kita ada tujuh ‘kembar’ dalam dunia? Dia cuba intai-intai lagi, mana tahu boleh berswafoto dengan Aiman. Popular sekejaplah dia, kan.

Dakwa si polan itu, dia cuba memanggil Aiman dan penyanyi Ku Rela Dibenci itu sempat menoleh membalas dengan senyuman. Namun Aiman dikatakan cepat-cepat menyorok gadis yang ketika itu ada bersama-samanya.

Amboi Aiman, kenapa sorok? Kalau sekadar bersahabat baik macam rata-rata pasangan artis ‘bercinta’ sekarang ini, peminat boleh faham. Aiman pun sudah berumur 20 tahun, tak salah kalau bercinta, kan?

Tapi Poklip tanya juga, adakah gadis tersebut adalah gadis yang pernah tular kerana mempunyai wajah sama dengan Aiman? Bagaimanapun sumber itu menafikan.

Tak apalah, kalau bercinta pun tak salah. Peminat sekarang semuanya sudah matang dan boleh menerima kalau artis kesayangan mereka mempunyai teman istimewa dalam hati.

Tetapi Poklip pernah dengar juga yang ibu bapa Aiman melarangnya bercinta. Takut tak boleh fokus kerjaya, katanya. Apa pun Aiman, jangan mudah lupa diri kerana cinta tau, bahaya! Eh!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN