KUALA LUMPUR 25 Mei – Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas Presiden, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menafikan beliau mengeluarkan arahan supaya semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) supaya memboikot majlis mengangkat sumpah Menteri Besar Perlis, semalam. Ahmad Zahid yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri berkata, kenyataan yang disebarkan menerusi beberapa laman sosial itu bertujuan untuk melaga-lagakan kepemimpinan Barisan Nasional (BN) dan UMNO. “Saya ingin menafikan…











