KUALA TERENGGANU 10 Mei – Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir dengan majoriti 1,884 undi. Calon Barisan Nasional (BN) itu mendapat 9,340 undi mengalahkan calon Pas, Mohd.Fazil Wahab yang memperoleh 7,456 undi manakala Abu Bakar Abdullah daripada PKR (939 undi). Kemenangan Ahmad Razif diumumkan oleh Pegawai Pengurus Bahagian Pilihan Raya Parlimen Kuala Nerus, Datuk Tengku Farouk Husin Tengku Abd. Jalil selepas selesai penjumlahan undi kira-kira pukul 12.20 tengah malam di Gelanggang Silat, Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) di sini. – UTUSAN ONLINE
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya