JERANTUT – Ahli Parlimen Jerantut, Datuk Ahmad Nazlan Idris meletak jawatan sebagai Pengerusi Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) yang akan berkuatkuasa 1 Jun ini. Beliau yang memikul tugas itu sejak tiga tahun lalu memberitahu, surat perletakan jawatan telah diserahkan kepada pengurusan tertinggi KPTM di Kuala Lumpur hari ini. “Kerajaan persekutuan telah bertukar tangan kepada Pakatan Harapan, tetapi saya masih lagi bersama UMNO dan Barisan Nasional, jadi saya rasa lebih baik mengundur…










