IPOH – Menteri Besar Perak ke-12, Ahmad Faizal Azumu,48, memulakan tugasnya sebagai ketua kerajaan negeri di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini pagi ini. Beliau yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) tiba tepat pukul 8 pagi disambut Pegawai Kewangan negeri, Datuk Mohd. Ghazali Abd. Jalal yang menjalankan tugas Setiausaha Kerajaan Negeri bersama para pegawai dan kakitangannya. Turut mengiringi Ahmad Faizal ialah barisan kepimpinan PH negeri. Beliau kemudian mengetip kad perakam…










