35 ADUN terima jemputan pelantikan Ketua Menteri Sabah - Utusan Malaysia

35 ADUN terima jemputan pelantikan Ketua Menteri Sabah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU – Seramai 35 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Parti Warisan Sabah (Warisan) dan Pakatan Harapan menerima jemputan pihak Istana Negeri berhubung pelantikan Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal sebagai Ketua Menteri baharu di Istana Negeri pada malam ini.

Perkara itu disahkan oleh Naib Ketua Wira Parti Warisan Sabah (Warisan), Chong Chen Bin yang memberitahu kesemua ADUN telah bersiap sedia untuk ke istana.

Beliau yang juga ADUN Tanjong Kapor memberitahu,  jemputan tersebut diserahkan oleh dua pegawai istana yang datang ke kediaman Mohd. Shafie pada pukul 2 petang tadi.

“Kami telah menerima jemputan dan akan bertolak ke istana pada pukul 8 malam nanti,” katanya.

Warisan dengan kerjasama Pakatan Harapan berjaya membentuk kerajaan negeri selepas memiliki 35 kerusi DUN di Sabah dengan bantuan enam ADUN BN yang menyertai Warisan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×