BANYAK perkara yang berlaku dalam masa 10 hari selepas Pakatan Harapan diberi mandat untuk mentadbir negara susulan kemenangan yang dicapai dalam Pilihan Raya Umum Ke-14. Reaksi yang diterima pula bercampur baur. Ada pihak yang menyambut baik manakala sebahagian lagi termasuk pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan sendiri memberi kritikan membina. Wartawan Mingguan Malaysia, HUSSAINI AMRAN menghimpunkan tujuh peristiwa penting yang berlaku setakat ini di bawah pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan yang diketuai Perdana Menteri,…










