10 ADUN Melaka angkat sumpah jawatan Exco  - Utusan Malaysia

10 ADUN Melaka angkat sumpah jawatan Exco 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA – Seramai 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Harapan (PH) hari ini mengangkat sumpah jawatan pada Istiadat Angkat Sumpah Jawatan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Melaka di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh di sini.

Mereka ialah Mohd. Rafiq Naizamohideen (ADUN Paya Rumput), Tey Kok Kiew (ADUN Bandar Hilir), Muhammad Jailani Khamis (ADUN Rembia), Mohd. Sofi Abdul Wahab (ADUN Durian Tunggal) dan G. Saminathan (ADUN Gadek).

Turut terpilih sebagai Exco kerajaan negeri ialah Norhizam Hassan Baktee (ADUN Pengkalan Batu), Ginie Lim Siew Lin (ADUN Machap Jaya), Nor Affendi Ahmad (ADUN Telok Mas), Low Chee Leong (ADUN Kota Laksamana) dan Kerk Chee Yee (ADUN Ayer Keroh).

Ketua Menteri, Adly Zahari dijangka mengumumkan portfolio bagi setiap Exco yang dilantik pada sidang akhbar pukul 4 petang ini. – K! ONLINE 
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×