[VIDEO] Pembangkang juga dilindungi daripada jadi mangsa berita palsu - Utusan Malaysia

[VIDEO] Pembangkang juga dilindungi daripada jadi mangsa berita palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 7 Feb. – Pakatan pembangkang tidak perlu risau dengan kewujudan perundangan dan kaedah khas bagi membanteras penyebaran berita palsu sekiranya mereka tidak berbuat demikian kerana undang-undang tersebut juga bakal melindungi diri mereka daripada menjadi mangsa berita palsu.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak berkata, undang-undang tersebut tiada kena mengena dengan kepentingan politik kerajaan seperti yang didakwa Pakatan Harapan yang diketuai DAP kerana ia akan melindungi setiap rakyat Malaysia yang sentiasa terdedah dengan risiko menjadi mangsa perbuatan itu.

“Kita ingin pastikan supaya apa-apa yang ada kaitan dengan keselamatan negara serta boleh menjejaskan hubungan antara kaum dan agama hasil daripada penyebaran berita palsu ditangani dengan peruntukan undang-undang yang sesuai.

“Walau bagaimanapun, kita masih belum berbincang dalam Mesyuarat Kabinet dan saya pasti, Datuk Seri Azalina Othman Said, iaitu Menteri yang ditugaskan untuk perkara ini akan bertemu dan berbincang dengan semua pihak berkepentingan untuk meneliti segala isu berbangkit mengenai isu ini,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan laporan ‘Kuala Lumpur sebagai Bandar Kebudayaan dan Kreatif’ di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN